Monday, March 5, 2012

mood menalam sudah sampei..jgn maree...

"..mummy..kueh or cake?ada colour rainbow lak tu...tapi napew cake nak letak ubi oren nie..nie mesti mummy salah tgk nie..lupa nak letak carrot kew?"
"bukan la..mummy nak try buat menu baru..lapis melapis @ Talam Permata keledek..tgu tau..mesti sedaapp nie..hhee"
"yea la mummy..permata keledek?new malay word to learn...ayoii..mummy nie..letak jew la princess kew..xleh kew?"
"oo..xleh nanti auntie Yatie tu marah ar..nie resepi mummy copy dari dia..so kena la ikut nama nya..mana leh main tukar2..nanti langsung xleh belajar lagi..camner?"
"oh really...okeis..Elin tolong mummy k..pstt...pasni Elin letak nama kueh Talam Princess arr..coz color pink kaann..hehehhe"...

..hehee...2nd menu tuk belajar and try..ada permata2 lagi..permata keledek arr..sedapp tau..tu pown sip baik cik hubby tolong kopekkan kulit nya coz dah terniat nak terbuang sebab dah terlupa nak kopek and simpan dlm freeze..hehehe..if dah malas mcm2 la alasannya..ahhaaa...terbaekk la yatee..like daughter like mummy ar...

Kak Yatie...tumpang share lagi yea resepi talam akak yg vogue gitu..(yg akak buat la)..yg Yatee buat tersalah percaturan loyang..terbesar plak..so lapis tuk atas & bawah ternipis lew..tapi sedappp..hehe

k jom kita jengok resepi kueh Talam Permata Keledek tuk break1st rinie..jgn terprint pict nie buat mimpi lak yea..hehehe...

Kueh Talam Permata Keledek @ kueh little princess..(version elin)



BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci

2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
1 1/2 cwn tepung beras*
1 cwn santan pekat*
2 cwn air*
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
1 cwn gula halus*
sedikit garam*
CARANYA

Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air
secubit garam
pewarna merah*Yatee ganti gan Pink dan hijau

CARANYA

Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.
CARA MELAPIS KUIH

Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.
Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.
Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

**sila ikut saiz loyang yg sepatut nya supaya lapisan bawah & atas sama tebal..kesalah pertama Yatee dlm menalam kueh talam nie..

SELAMAT MANCUBA..RUGI IF XCUBA..!

No comments:

Post a Comment