Monday, March 5, 2012

sepetang bersama kueh talam menalam..kuikuikui

" saya ayam..kok kok kokkk.."
" saya itik..quek..quek..quek.."
hehhhee..theme rinie..mari mengenal bunyi...kuikuikui..nie semua penyakit berjangkit si little princess Aliah yg start nyanyi lagu2 yg entah dia faham kew tak time nyanyi nie..coz asyik tersalah lirik and bunyi animals jew..tapi rinie Yatee pown nak citer pasal ayam tapi sekadar brand jew la..hehe Sweet corn cap Ayam Brand"..sebab tu ar..si Aliah nie berlagu2 kelaut bila tgk gambor ayam kat cover tin nie..oppss..terlupa lak nak snap..ala semua org tau la kot kann rupanya..hehhe okies jom merliuq2 kan tekak anda and perut anda gan menu petang sabtu lepas..sebenarnya dah lama nak buat cuma..antara malas gan rajin jew..lagi satu..bab talam menalam nie xmahir sangat sebab dok fikir susah jew..tup tup tup sekali buat dah terror..ahahaha..*sila jgn terpengaruh gan ayat tong sampah tadi yew...*

jom..jom..jgn tgu lama2 nanti lama2 ada yg gigit jari..resepi nie Yatee cilok and copy lantas terbuat kueh nya dari blog ter'best bab kueh2 talam nie...Sinar Kehidupanku..kak Yatie..best ooo..tgk kueh2 & menu2 dia..buat minda xtenteram..

Kak Yatie tumpang share yew..:

TALAM KASTARD JAGUNG



Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah

1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning**Yatee xletak pown coz kastard dah cukup cantik colornya if betul2 masak..
sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah

Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)**tapi Yatee gantikan gan Perisa Pandan cap star brand..kes malas nak blend daun pandan
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi **Yatee xletak pown coz xde stok kat rumah..hehe sowey..Yatee lebihnya 1 sudu tpg jagung..
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas

Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya
****if nak chantek sila ikut petua2 yang Kak Yatie (owner resepi) tulis kat atas yea..


SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment